Jan 15, 2010

Fw: kepada kwn2 yg msh ada mertua lagi...

----- Forwarded Message ----
From: Rahim Yusoff rahim.arusprima@yahoo.com
Sent: Thu, January 14, 2010 8:37:59 AM
Subject: kepada kwn2 yg msh ada mertua lagi...


Mertua Dan Tiga Menantu

Al kisah ada seorang ibu dengan tiga menantu daripada perkahwinan ketiga-tiga puterinya yang cantik. Si ibu mertua ingin tahu adakah ketiga-tiga menantunya itu sayang kepada mertua atau cuma anaknya sahaja.

Lalu dia memutuskan untuk menguji mereka secara perseorangan. Suatu hari dia mengajak menantu yang pertama naik perahu bermotor ke tengah laut. Di sana, dia sengaja menjatuhkan dirinya dari perahu ke dalam laut. Si menantu, tanpa berfikir panjang terus terjun menyelamatkan ibu mertuanya. Esoknya ketika keluar rumah, si menantu pertama melihat kereta Nissan Grand Livina diletakkan di hadapan rumah dan sehelai kertas bertulis, "Dari ibu mertuamu".

Giliran menantu kedua pula diajak ke tengah laut. Sekali lagi si mertua berpura-pura terjatuh dari perahu. Menantu kedua terus terjun menyelamatkan mertua tercinta. Esoknya di depan rumah, menantu kedua melihat Toyota Vios TRD dengan sehelai kertas tercatat tulisan, "Dari ibu mertuamu".

Kini giliran menantu ketiga (agak cerdik orangnya dan selalu mengambil tindakan lain dari orang lain) diajak ke tengah laut. Si mertua kembali mengambil tindakan terjun ke laut. Tetapi malang, kali ini si menantu bercekak pinggang memandang ibu mertuanya yang tercungap-cungap di dalam air.

Dia berkata, "Rasakan..!! ". Sambil memusingkan perahunya ke daratan.

Esoknya ketika menantu ketiga itu bangun, di hadapan rumahnya kelihatan Mercedes S-Class terbaru bersama sekeping nota tertulis, "Daripada bapak mertuamu".




12 comments:

bong said...

Tumpang sekaki, Bro Alimor, ok cerita tu tak mcm cerita P Ramli "Ahmad Al-Bab" bapa mertu (A R Tompel)minta hadiah dari anak menantu.

RuslanA said...

Haha..that's a great one.! Yusof, hang memang very resourceful lah, sejak kita sama sekelas dulu, u were so good and creative, in many ways..

RuslanA said...

Maaf Rahim, tersilap pulak, cerita bapak mertua punya fasal, termention ur father's name la pulak (tadi baru komen pasai Yusof Kassim) - terbawak2 pulak nama yusof, sori bro.. Hope yu are doing great..!

asri said...

Alimor aku tak faham yang tersirat dalam cerita ni. Biasalah orang Melayu suka cerita yang 'straight forward'. Best ceritanya.

Alimor Sipon said...

Nak tahu maksu cerita kau tanyalah yng empunya cerita --- Rahim Yusof. Ini cerita penglipur lara moden agaknyalah. Yg aku faham - pak mertua dan mak mertua berlawan2 nak ambik hati menantu lelaki. Biasanya pak mertua dg menantu lelaki ngam, tak de hal. Yg selalu ada masalah mak mertua dgn menantu pompuan - bersaing nak jaga anak lelaki/suami.

RuslanA said...

Salam kawan2, the juice of the story senang aje, actually the father dah lama nak get rid of the mother, maybe dah lama tak than dgn kerenahnya, atau whatever ulterior motives yg dia ada; tapi tak tau nak buat macam mana, so the son-in-law actually did the f-i-law a very big favor. So happy that the f-in-law didn't mind giving the son-in-law a posh car; as a matter of appreciation..; very shrewd kan.. hehe.. I believe the story is not meant to be a good example; sekadar selingan dan hiburan shj..

asri said...

Ni macam cerita nak lepas geram pada mak mentua dan dia kamceng dengan bapak mentua dia je. Ada setengahnya bini kita pun hot dengan mak mentua kita. Mak mentuakan mak kita juga.Tak baik tau buat gitu. Lan, terima kasih dan aku faham moral of the story.

hamzah41 said...

Nampaknya ramai yang respond, macam berminat jer... untuk Rahim Yusof , tak baik buat macam tu...kalau boleh jangan ganti tetapi tambah...baru maco

asri said...

Aku sokong hamzah!

Nazari said...

Bab-bab ni.. dulu masa 30an aku setuju.. tapi bila dah masuk 50an ni.. aku rasa semakin sayang pulak dnegan yg satu tu.. bila aku fikir kita dah dekat penghujung usia ni.. bahagiakanlah isteri kita tu agar kita pun bahagia. sama-sama berbahagia. Jika kita "dijemput awal".. sekurang2nya kita tinggalkan pasangan kita tu semasa sedang bahagia dan penuh kasih sayang. Sekarang ni tak sampai hati aku biarkan isteri aku berseorangan.

hamzah41 said...

Nak ucap tahniah kat Nazari, cadangan tu taklah 'terlampau', malah ikut sunnah, tapi kalau setia pada yang satu, macam aku jugak, alhamdulillah...niat tapi tak buat tak aper, dapat pahala kot sebab niat yang baik..

Nazari said...

Hamzah.. ceh banyak le kau punya "niat"... he he he. Jenis tu yg takut B1N1